Khas untuk2 tuan2 rumah (x kira yg bujang @ yg da berfamily )
Lepas rumah sewa hillpark jd port @ tempat untuk shooting short drama untuk final projek aku.. baru la aku taw byk sgt2 kelemahan aku sbg tuan rumah terhadap tetamu2 aku especially talents aku. Kelemahan tu bknnye datang dari diri aku sorang je..malahan sume2 org la termasuk krew2 akuh..
Dah settle sume2 benda tuh, aku tryla search adab2 menjaga tetamu. Maklumla da lamatinggal zaman sekolah kan.. kenala cari balik sume2 tuh.. yang aku dapat based on web la kan.. aku rasa patot di share kan dgn kwn2 yg laen.
Sejurus sahaja tetamu sampai, uruskanlah makanannya. Apa sahaja yang mudah di dapati dan disediakan uruskanlah segera, jika ada kemampuan untuk menyediakan makanan yang lebih mewah, uruskanlah kemudian.
Apabila tetamu datang, ada baiknya jika terlebih dahulu ditunjukkan kepadanya di mana tandas supaya dia tidak gelisah kalau tiba-tiba dia ada qadha hajat.
Beramah-mesralah terhadap tetamu dan penuhilah keperluan dan keselesaannya. Jamulah dengan makanan yang agak mewah (mengikut kemampuan anda) sekurang-kurangnya pada sesuatu ketika. Tetamu mempunyai hak terhadap tuan rumah selama 3 hari.
Janganlah keluar ke pekan mencari-cari sesuatu untuk tetamu. Apa sahaja yang sesuai yang terdapat, hidangkanlah untuk mereka. Janganlah terlampau formal sangat.
Tuan rumah janganlah terlalu mendesak tetamu supaya makan. Ini bertentangan dengan kebajikan tetamu.
Tuan rumah janganlah hanya menghidangkan makanan kepada tetamu kemudian biarkan begitu sahaja. Dia hendaklah tinggal di situ dan lihatlah apa-apa keperluan tetamu. Tatkala memerhatikan keadaan tetamu, tuan rumah janganlah merenung tajam ke arah tetamu, ataupun menjadikan tetamu menyedari bahawa dia sedang diperhatikan. Hendaklah tuan rumah sekali-sekali memandang sepintas lalu kalau-kalau tetamu memerlukan sesuatu.
Kadangkala orang merenung kepada tetamu ketika makan, melihat apa dan banyak mana yang dia makan. Tetamu tentu akan merasa kekok dengan kelakuan begini.
Tuan rumah janganlah memberati dirinya dengan sentiasa berada dekat tetamu. Biarkan tetamu dalam keadaan bebas. Biarkanlah tetamu makan sekehendaknya.
Jika perlu untuk menghidang makanan lagi, janganlah mengalihkan bekas (yang masih ada makanan) yang berada dihadapan tetamu. Bawalah makanan tambahan dengan bekas yang lain.
Apabila ada dua orang tetamu, layanilah mereka dengan adil.
Apabila tetamu akan meninggalkan kita, ikutilah dia sehingga ke pintu. Ini adalah sunnah.
harap2 kite semua dapat belajar dgn panduan ni eyh.. no more tarik2 muka depan tetamu, no more tutup pintu fridge, pintu rumah ,pintu toilet & pintu bilik kuat2.. itu sgt2 la x beradab..
♥(¯`'•.¸(¯`'•.¸*♥♥*¸.•'´¯)¸.•' ´¯)♥
ReplyDelete♥♥(¯`'•.¸(¯`'•.¸**¸.•'´¯)¸.•'´ ¯)♥♥
----==--Ramadan Mubarak---==----
(_¸.•'´(_¸.•'´*♥♥♥♥*`'•.¸_)`'• .¸_)
♥(_¸.•'´(_¸.•'´*♥♥*`'•.¸_)`'•. ¸_)♥
Salam ramadan Al Mubarak..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
أهلا وسهلا يا رمضان!! ... رمضان كريم
”Selamat Berpuasa & Selamat Berbuka
firestartingautomobil.blogspot.com
bukandoktorveterinar.blogspot.com
~~~~~~~~~جزاك اللهُ خيراً~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
tip servis motorsikal kupcai scooter
warrrghhhh tuan rumah kena hormati.... yelahhh tempat orang kan